ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzz dan readerzz sekalian
entri ini akan melekat di atas entri lain sehingga 22 oktober 2011
kali ni dila nak promote 1 event
yang dihandle by me...
so, nak jemput sapa2 yang mempunyai waktu terluang...
untuk datang memeriahkan majlis
(bese yer dila akan post entri selepas event berlangsung tapi ni special sikit iaitu sebelum berlangsung)
jom kita tengok event ape???
jom kawan2 yang ada di sekitar kubang kerian or kelantan..
mai la datang USM Kubang Kerian
untuk sedikit ilmu yang memberi banyak manfaat pada diri
satu program yang julung2 kali nya diadakan
di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
kampus kesihatan ini...
jadi jom manfaatkan nya....
Program FOOD TALK: Gaya Hidup Sihat.
(anjuran Desasiswa Murni)
Treasure Hunt: Destinasi Sihat
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.30 am- 12.00pm
... Penyertaan: Terhad kepada 10 kump (5org/kump) & yuran penyertaan RM10/kump
Forum: Makanan Kita, Prihatinkah Kita?
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.00pm-11.30pm
Tempat: Dewan Nurani
Panel: Pn. Siti Azima Awang ( Dietitian HUSM) & Prof.Madya Dr.Wan Rosli (Pensyarah Pemakanan USM)
moderator: Puan Wan Suriati Wan Nik
mai dila cerita pasal aktiviti2 yang bakal berlangsung
kira macam whole day activities laa...
tak salah rasa nya luangkan masa yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat
daripada tido je kat bilik kan..kan..kan
1) TREASURE HUNT: DESTINASI SIHAT
-paginya kita akan adakan checkpoint2 untuk menguji minda student2 USMKK nih..tak susah mana pun...just a simple2 thing...just for fun sambil tambah ilmu pengetahuan...selain cergaskan otak di hari-hari minggu...jika dapat sambutan..kami akan berikan merit + sijil
(yang memang student2 USMKK kejar2 kan)
2) FOOD TALK: GAYA HIDUP SIHAT
- program yang julung2 kali nya diadakan di bumi Universiti Sains Malaysia
kampus kesihatan, Kubang Kerian...
khas untuk memberi penekanan tentang makanan kepada para student...
yang membawa tajuk
"MAKANAN ANDA, PRIHATINKAH ANDA???"
di mana makanan adalah sumber tenaga badan kita untuk kehidupan seharian.
marilah kita sama-sama memeriahkan nya...
ada juga tip2..so, jangan ketinggalan...
kalu tidak, rugi...
tak rugi kita mencari ilmu yang sedikit jika nak dibandingkan banyak yang kita dapat
sedikit dila kongsi mengenai panel pada malam tersebut...
MODERATOR:
Puan Wan Suriati Wan Nik
merupakan pegawai sains kanan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM..
sangat petah berkata-kata dan mengeluarkan idea...
seorang yang sentiasa bersemangat dan berdedikasi...
seronok tengok beliau membuatkan kita pun turut sama bersemangat...
jom kita tengok puan wan suriati melontarkan vokalnya di atas pentas...
anda fikir sendiri betul tak apa yang dila cakapkan..
AHLI PANEL:
1) Prof Madya Dr Wan Rosli Wan Ishak
(pensyarah pemakanan USM)
dah terang2 kat situ dah tulis...beliau adalah one of my lecturer...
for sure la...budak2 dietetik n nutrition kat USM ni kenal sangat dengan Dr Rosli ni
sangat2 sporting beliau...
always ok...
beliau memang hebat la dalam food science n food tech ni...
beliau ajar kami pun food science, food preparation n food analysis
memang beliau expect sangat dalam bidang ni
beliau juga mengkaji dan membuat dalam produk baru
khususnya makanan
iaitu bulu jagung (cornsilk) dan burger cendawan
pernah menang anugerah kalu tak salah tahun lepas...
(alamak ni kenal tanya dr balik...hehehee)
2) Puan Siti Azima Awang
(dietitian HUSM)
seperti tertera di atas, dila bakal berdepan dengan beliau la nanti untuk practical nanti..
beliau juga seorang komited pada tugas yang diberikan
jadi, beliau akan kupas segala isu perkara yang berkaitan penyakit melibatkan makanan...
ada tanya lah beliau..
tapi diingatkan...biar la logik ok...
amacam...mengancam tak jiwa nak pergi...
tak yah tunggu2 lagi...
angkat kaki, then, terus pergi...
banyak manfaat nya...
BONUS: lupa nak cakap...
anda akan dapat
maklumat tambahan tentang makanan + merit + persembahan demostrasi khas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia...
apa lagi..rugi kalu tak datangkan...
JOM MEMERIAHKAN...=)