assalamualaikum

Tuesday, June 26, 2012

uNiFi




ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader...


kepada kawan2 n sape2 sj yang nk bertanya tentang STREAMYX dan UNIFI
boleh la bertanya terus kepada sy (i will reply u).
untuk pemasangan boleh mendaftar dengan saya terus secara PERCUMA SAHAJA di seluruh Malaysia tidak kira di mana anda berada...... 

Keistimewaan :
1.tiada sewaan bulanan telefon. 
2. panggilan TM ke TM free 
3. Modem free. 
4. Kalu x nak guna telefon rumah cuma masuk line je tp x perlu bayar telefon, bayar internet je......



nak tau lebih lanjut, boleh ke:

or 



segala-gala nya maklumat di hujung jari..
oleh itu, buatlah pilihan bijak dan pantas...

Friday, June 22, 2012

DeMo & SkeTsa Di PaNTai IRaMa BaCHoK


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

pada 8 Jun 2012 sempat lagi kami menjayakan demo dan sketsa di Pantai Irama Bachok bersempena dengan Pesta pantai untuk Tahun Melawat Kelantan.
banyak aktiviti diadakan dan antaranya ialah persembahan kami di sana. ramai yang menjayakan persembahan ini.

inilah barisan pelakon2 kami

berlakon jadi perempuan kampung..caya laaa sorang2

jom3 turun ke laut..

demostrasi waroda..mak ai..sonok yer berada di pantai..jatuh pun sodap...







alhamdulillah telah berjaya menjayakan persembahan..ramai jugak yang tengok...heheee


Saturday, June 16, 2012

aKu SuKa DiA



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger & reader





JiKa BoLeH MeMiLiH


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader



‎"Ya ALLAH, jika benar dia untukku, kuatkan sayapku untuk tebang kepadanya. Kuatkan dirinya untuk mempertahankan keindahan yang terpelihara.



Ya ALLAH, jika benar dia untukku, sampaikan aku padanya"




Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu..
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta terlarang..
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu..
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu..



Friday, June 15, 2012

MeSyuaRaT AGuNg PSSCM kelas latihan USMKK 2012/2013



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

mesyuarat agung tahunan akan dibuat setiap tahun untuk menggantikan organisasi yang lama serta memberi peluang kepada organisasi baru untuk memajukan lagi kelas latihan.

TERIMA KASIH & TAHNIAH 
organisasi lama (sesi 2011/2012)
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS & TAHNIAH
organisasi baru (sesi 2012/2013)



jalankan tugas dengan amanah dan adil...^-^..


Friday, June 8, 2012

KeNDuRi aQiQaH aNaK aBG BeN ASHaaRi


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

hah..ko ade???

Baru-baru ni, dila n kawan2 (cik lynn n En Bakal Dietitian) telah pergi terjah rumah abang BEN ASHAARI blogger yang famos mamos tuh..caya gitu.. rombongan kiteorang turut di sertai K.SYAZ (ibu muda berleter) iaitu deejay hotfm klate..kiteorang pergi pada 28 Mei baru ni

sapa lagi famos??? K.Syaz (Deejay hotfm klate) or anak abang ben???

sedap je die tido kan..berat jugak tau baby nih..

buat yang tak tau sapa abg ben.ni la abg ben.aik ade ke yang tau die iaitu antara famous blogger.bukan calang-calang blogger.

kami2 di majlis kenduri.selak si mew tuh

da nak balik kan. sempat la jugak bergambar dengan k.syaz.orangnya kecik je tapi ble dia start bercakap bukan main berceloteh ag.btul la tuh.seswai la jadi deejay radio famos nih..sori ye k.syaz.



Friday, June 1, 2012

aMaLi THeRaPeuTiC DieT



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

kali ni dila nak share masakan terapi diet. iaitu buat yang tak tahu ialah modifikasi diet ke atas sesuatu masakan supaya menjadi lebih sihat. sebagai contoh: menukarkan penggunaan santan kepada susu cair ke, penngunaan minyak masak berasaskan tumbuhan, cara memasak yang lebih sihat dan bermacam-macam modifikasi yang boleh dilakukan.kalau sebelum ni, post tuk subjek masak2 ni nampak lebih sedap dan menarik. tapi kali ni, lagi 'menarik'.heheee..ye laa lebih kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan.
TAHUN 1 = FOOD SCIENCE - belajar asas mengenai struktur, tekstur, bau bahan tersebut
TAHUN 2 = FOOD PREPARATION - belajar penyediaan makanan melalui rasa dan bau masakan, bahan yang digunakan, teknik yang betul, struktur dan tektur masakan yang telah dimasak.
TAHUN 3 = THERAPEUTIC DIET - belajar mengenai cara mengubah sesuatu resepi masakan yang sedia ada untuk menjadikannya lebih sihat.

begitu la jenuh yer. nak kena fikir.

AMALI 1
untuk melihat ukuran pertukaran bagi setiap bahan.



AMALI 2
untuk amali 2, dila dan partner dila (ANIS) telah dapat kes seorang gadis yang mengalami anoreksia nervosa.jadi berat badan nya tidak mencapai tahap normal dan bagaimana cara ingin membekalkan tenaga kepada gadis tersebut. Kami memberikan dan mencadangkan makanan yang tinggi kalori di samping dengan cara masakan yang menarik minat untuk dimakan.
kami memilih mee goreng dan air sirap limau untuk makan malam dan popia pisang bersalut coklat dan air teh susu untuk minum petang.

AMALI 3
untuk amali 3, kami perlu memasak masakan cina untuk wanita cina yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2 yang berumur 50 tahun. amali ini menitikberatkan kandungan karbohidrat yang diambil oleh pesakit.

kami memilih 1 cawan nasi putih, sup cendawan ayam, tumis tauhu campur dan jus tembikai untuk makan tengah hari manakala salad oat untuk minum petang. apa yang menarik tembikai diblend bersama susu segar rendah lemak sebagai penganti kepada susu pekat manis. oat juga bagus untuk merendahkan kadar kolesterol dalam badan

AMALI 4
kes kali ni ialah menghidap tekanan darah tinggi (hypertensi) dan hiperlipidemia. mengalami masalah kesukaran bernafas dan edema juga. naseb baik kali ni masakan melayu untuk seorang wanita tua.

hidangan yang kami pilih ialah bubur swiss untuk sarapan pagi dan popia basahan isi sayuran beserta air pisang kisar bersusu oat untuk minum petang. semua yer menggunakan susu segar rendah lemak. buah2 dalam bubur swiss pula pelbagai tetapi masih tidak melebihi kadar pertukaran.

AMALI 5
seterusnya ialah seorang pesakit lelaki berbangsa india yang mengalami alcohol liver disease disebabkan ketagihan alkohol yang teruk.

kami memilih steamed chicken curry, nasi putih dan jus oren untuk makan tengah hari dan puding koktel berkuah untuk minum petang. santan untuk masak curi kami modifikasikan dengan menggunakan susu segar rendah lemak dan ayam pula kami kukus dahulu supaya lembut. puding pula kami menggunakan susu berperisa strawberry untuk menarik minat.

AMACAM???
menarik tak???
ni baru kes2 yang dikendali sendiri.kes kawan2 ku yang lain lagi pelik2.dan pelbagai masakan dan persembahan ditunjukkan.

yg risau ialah exam yer...
dalam dewan kena plan menu sendiri dan tempah bahan2 lepas dapat kes. lepas tu kena praktikal exam iaitu masak la ikut yg kita plan dalam dewan 

masa exam, xleh la nak amik gambar menu yang dila buat.mampus kalu kena tangkap,kate meniru dalam exam pulak...hahaaaa...