assalamualaikum

Friday, June 1, 2012

aMaLi THeRaPeuTiC DieT



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

kali ni dila nak share masakan terapi diet. iaitu buat yang tak tahu ialah modifikasi diet ke atas sesuatu masakan supaya menjadi lebih sihat. sebagai contoh: menukarkan penggunaan santan kepada susu cair ke, penngunaan minyak masak berasaskan tumbuhan, cara memasak yang lebih sihat dan bermacam-macam modifikasi yang boleh dilakukan.kalau sebelum ni, post tuk subjek masak2 ni nampak lebih sedap dan menarik. tapi kali ni, lagi 'menarik'.heheee..ye laa lebih kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan.
TAHUN 1 = FOOD SCIENCE - belajar asas mengenai struktur, tekstur, bau bahan tersebut
TAHUN 2 = FOOD PREPARATION - belajar penyediaan makanan melalui rasa dan bau masakan, bahan yang digunakan, teknik yang betul, struktur dan tektur masakan yang telah dimasak.
TAHUN 3 = THERAPEUTIC DIET - belajar mengenai cara mengubah sesuatu resepi masakan yang sedia ada untuk menjadikannya lebih sihat.

begitu la jenuh yer. nak kena fikir.

AMALI 1
untuk melihat ukuran pertukaran bagi setiap bahan.



AMALI 2
untuk amali 2, dila dan partner dila (ANIS) telah dapat kes seorang gadis yang mengalami anoreksia nervosa.jadi berat badan nya tidak mencapai tahap normal dan bagaimana cara ingin membekalkan tenaga kepada gadis tersebut. Kami memberikan dan mencadangkan makanan yang tinggi kalori di samping dengan cara masakan yang menarik minat untuk dimakan.
kami memilih mee goreng dan air sirap limau untuk makan malam dan popia pisang bersalut coklat dan air teh susu untuk minum petang.

AMALI 3
untuk amali 3, kami perlu memasak masakan cina untuk wanita cina yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2 yang berumur 50 tahun. amali ini menitikberatkan kandungan karbohidrat yang diambil oleh pesakit.

kami memilih 1 cawan nasi putih, sup cendawan ayam, tumis tauhu campur dan jus tembikai untuk makan tengah hari manakala salad oat untuk minum petang. apa yang menarik tembikai diblend bersama susu segar rendah lemak sebagai penganti kepada susu pekat manis. oat juga bagus untuk merendahkan kadar kolesterol dalam badan

AMALI 4
kes kali ni ialah menghidap tekanan darah tinggi (hypertensi) dan hiperlipidemia. mengalami masalah kesukaran bernafas dan edema juga. naseb baik kali ni masakan melayu untuk seorang wanita tua.

hidangan yang kami pilih ialah bubur swiss untuk sarapan pagi dan popia basahan isi sayuran beserta air pisang kisar bersusu oat untuk minum petang. semua yer menggunakan susu segar rendah lemak. buah2 dalam bubur swiss pula pelbagai tetapi masih tidak melebihi kadar pertukaran.

AMALI 5
seterusnya ialah seorang pesakit lelaki berbangsa india yang mengalami alcohol liver disease disebabkan ketagihan alkohol yang teruk.

kami memilih steamed chicken curry, nasi putih dan jus oren untuk makan tengah hari dan puding koktel berkuah untuk minum petang. santan untuk masak curi kami modifikasikan dengan menggunakan susu segar rendah lemak dan ayam pula kami kukus dahulu supaya lembut. puding pula kami menggunakan susu berperisa strawberry untuk menarik minat.

AMACAM???
menarik tak???
ni baru kes2 yang dikendali sendiri.kes kawan2 ku yang lain lagi pelik2.dan pelbagai masakan dan persembahan ditunjukkan.

yg risau ialah exam yer...
dalam dewan kena plan menu sendiri dan tempah bahan2 lepas dapat kes. lepas tu kena praktikal exam iaitu masak la ikut yg kita plan dalam dewan 

masa exam, xleh la nak amik gambar menu yang dila buat.mampus kalu kena tangkap,kate meniru dalam exam pulak...hahaaaa...


No comments:

Post a Comment