assalamualaikum

Friday, June 1, 2012

aMaLi THeRaPeuTiC DieT



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

kali ni dila nak share masakan terapi diet. iaitu buat yang tak tahu ialah modifikasi diet ke atas sesuatu masakan supaya menjadi lebih sihat. sebagai contoh: menukarkan penggunaan santan kepada susu cair ke, penngunaan minyak masak berasaskan tumbuhan, cara memasak yang lebih sihat dan bermacam-macam modifikasi yang boleh dilakukan.kalau sebelum ni, post tuk subjek masak2 ni nampak lebih sedap dan menarik. tapi kali ni, lagi 'menarik'.heheee..ye laa lebih kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan.
TAHUN 1 = FOOD SCIENCE - belajar asas mengenai struktur, tekstur, bau bahan tersebut
TAHUN 2 = FOOD PREPARATION - belajar penyediaan makanan melalui rasa dan bau masakan, bahan yang digunakan, teknik yang betul, struktur dan tektur masakan yang telah dimasak.
TAHUN 3 = THERAPEUTIC DIET - belajar mengenai cara mengubah sesuatu resepi masakan yang sedia ada untuk menjadikannya lebih sihat.

begitu la jenuh yer. nak kena fikir.

AMALI 1
untuk melihat ukuran pertukaran bagi setiap bahan.



AMALI 2
untuk amali 2, dila dan partner dila (ANIS) telah dapat kes seorang gadis yang mengalami anoreksia nervosa.jadi berat badan nya tidak mencapai tahap normal dan bagaimana cara ingin membekalkan tenaga kepada gadis tersebut. Kami memberikan dan mencadangkan makanan yang tinggi kalori di samping dengan cara masakan yang menarik minat untuk dimakan.
kami memilih mee goreng dan air sirap limau untuk makan malam dan popia pisang bersalut coklat dan air teh susu untuk minum petang.

AMALI 3
untuk amali 3, kami perlu memasak masakan cina untuk wanita cina yang mempunyai penyakit kencing manis jenis 2 yang berumur 50 tahun. amali ini menitikberatkan kandungan karbohidrat yang diambil oleh pesakit.

kami memilih 1 cawan nasi putih, sup cendawan ayam, tumis tauhu campur dan jus tembikai untuk makan tengah hari manakala salad oat untuk minum petang. apa yang menarik tembikai diblend bersama susu segar rendah lemak sebagai penganti kepada susu pekat manis. oat juga bagus untuk merendahkan kadar kolesterol dalam badan

AMALI 4
kes kali ni ialah menghidap tekanan darah tinggi (hypertensi) dan hiperlipidemia. mengalami masalah kesukaran bernafas dan edema juga. naseb baik kali ni masakan melayu untuk seorang wanita tua.

hidangan yang kami pilih ialah bubur swiss untuk sarapan pagi dan popia basahan isi sayuran beserta air pisang kisar bersusu oat untuk minum petang. semua yer menggunakan susu segar rendah lemak. buah2 dalam bubur swiss pula pelbagai tetapi masih tidak melebihi kadar pertukaran.

AMALI 5
seterusnya ialah seorang pesakit lelaki berbangsa india yang mengalami alcohol liver disease disebabkan ketagihan alkohol yang teruk.

kami memilih steamed chicken curry, nasi putih dan jus oren untuk makan tengah hari dan puding koktel berkuah untuk minum petang. santan untuk masak curi kami modifikasikan dengan menggunakan susu segar rendah lemak dan ayam pula kami kukus dahulu supaya lembut. puding pula kami menggunakan susu berperisa strawberry untuk menarik minat.

AMACAM???
menarik tak???
ni baru kes2 yang dikendali sendiri.kes kawan2 ku yang lain lagi pelik2.dan pelbagai masakan dan persembahan ditunjukkan.

yg risau ialah exam yer...
dalam dewan kena plan menu sendiri dan tempah bahan2 lepas dapat kes. lepas tu kena praktikal exam iaitu masak la ikut yg kita plan dalam dewan 

masa exam, xleh la nak amik gambar menu yang dila buat.mampus kalu kena tangkap,kate meniru dalam exam pulak...hahaaaa...


Monday, May 28, 2012

KeNDuRi KaWeN & KaRNiVaL ReMaJa



ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

telah diadakan demo penerangan di Masjid Kubang Kerian sempena perasmian karnival remaja pada 26 Mei 2012 yang lalu. selepas program, kami terus ke kenduri kawen adik Abg Jo (perhatian ye bukan Abg Jo tetapi adik Abg JO ye..ha3)

ni adalah selepas perasmian Karnival Remaja


tengah tunggu giliran nak minum milo

comel kan banner die..suwettt sangat...

kami2 yang memeriahkan


merosakkan keindahan pelamin yang cantik

insyaAllah ye...


kat lampu pun jadi laa..cantik...


Sunday, May 27, 2012

ProGRaM KaRNiVaL MaKaNaN & PeRSeKiTaRaN BiJaK


ASSALAMUALAIKUM

Hai blogger & readerzz


jom ramai-ramai memeriahkan karnival kami...
program dietetik PPSK USMKK


satu karnival makanan & persekitaran bijak anjuran program dietetik PPSK sedang berlangsung di dewan utama...dijemput warga kampus untuk memeriahkan karnival yang dijalankan cuma sehari sahaja...terdapat aktiviti jualan sehingga jam 5ptg ini dari nestle bliss, produk yakult, susu dari produk wyeth, produk2 makanan, produk makanan FAMA dan sebagainya...terdapat juga pameran di dalam dewan oleh program dietetik dan kualiti & keselamatan makanan..


jemputlah beramai-ramai memeriahkan karnival makanan & persekitaran bijak 2012...^-^...



promosi sempena karnival makanan & persekitaran bijak di dewan utama USMKK...
(hari ini sahaja sehingga 5 ptg- 27 mei 2012)


nestle bliss (botol besar)- 3 botol RM12
nestle bliss (botol kecil) - 6 botol RM10
yogurt (4 tabs) - RM6
yakult ace (merah) - RM3.90
yakult A.Light (biru) - RM4.50
susu enercal plus (400g) - RM25
pelbagai kuih muih...
pakaian & tudung...


Friday, May 18, 2012

LaRiaN WaLk WiTh Me


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian,

pada 3 Mei 2012, kiteorang ramai2 telah join program larian bersama Sultan Kelantan iaitu LARIAN WALK WITH ME. tak ingat yang ni kali ke berapa tapi yang first time la dila join. ok la kira nya, dapat t-shirt dan sijil penyertaan.

ramai lagi yang beratur untuk mendapatkan t-shirt program


cik lynn la yang ajak dila join program ni..klu tak,lambat la lagi nak berlari

jangan tak tau..pelbagai bangsa turut join program ni tau..hahaaa..nak amik korang jadi model kejap.CHAN yang berbangsa cina dan RAJU berbangsa India

ENJOY...

Thursday, May 10, 2012

DiNNeR ToSHeD SaBaH


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

yum..yum..yum...
sedapnya...
gi makan semalam...
nak tau kat mana????

RESTORAN NEW HORRISON beb...



pada 9 Mei 2012 iaitu semalam.kitaorang iaitu tenaga penggerak TOSHED yang pergi ke Sabah baru-baru ni telah mengadakan jamuan ringkas untuk gathering balik...heheee...
nak tau apa yang kitaorang makan.

mmm..amacam lazat n menyelerakan tak???

peace dari cik puan pengarah kite

mesti si syahmi ni over..

3 orang yang terlampau over

sebahagian lagi yang turut serta

ni la bear si bufday boy..bapak la besar yer..hish tak malu betul laaa

kami2 yang menyertai toshed ke sabah iaitu kebajikan di sabah

inilah bunga2 bertaburan di lautan tomyam...


Friday, May 4, 2012

PeRHiMPuNaN MaLaM PeNDeKaR PeSiLaT SeLuRuH NeGaRa


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger  dan reader sekalian

Pada 25 April 2012, kami telah ke Stadium Cheras (kalu tak salah) untuk menghadiri Perhimpunan Pesilat seluruh Malaysia (perhatian yer bukannya perhimpunan haram yer).
menarik sangat sebab seluruh Malaysia turun dan banyak sangat bas2 parking di luar dewan. pensyarah pun dengan baik hati memberi pelepas kelas pada hari tersebut. HEP pun dengan rela hati bagi peruntukan bas tuk ke tempat perhimpunan.ALHAMDULILLAH selamat sampai.
program yang sangat2 on the spot.
program ini dirasmikan oleh YB PM (Dato' Najib)


berenti rehat dulu sebelum teruskan perjalanan




kagum sangat..ramai yang meluangkan masa untuk turun walaupun bukan hari cuti umum.

BERSAMA & BERSATU


Thursday, March 8, 2012

JoM MeRiaHKaN JoM!!!


ASSALAMUALAIKUM/HI

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

dah masuk bulan 3 dalam kalendar 2012..
makna nyer dah bersawang la blog ni..
tak dicuci...
sangat2 buzy..waaa...
takpe la.
dila jaust nak pomot jee...

sebab minggu ni kat bumi USM kampus kesihatan
ada
ada
ada

UNIFEST 2012
9 - 10 Mac 2012

jom tengok poster jap

camne???
meriah tak banner...
baru banner tu..
belum ag datang
so, dila nak jemput sesiapa yang terbaca or duduk di sekitar kelantan
jom sama2 turun untuk kedua-dua hari..
turut sama2 memeriahkan 
unifest 2012 ni
jangan main2 masuk paper taw...

turun juga masa majlis perasmian taw...
hari jumaat jam 9pg...

apa lagi...
JANGAN KETINGGALAN

Friday, March 2, 2012

MaLaM PeNDeKaR USM & KoNVeSYeN IPT


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

program "MALAM PENDEKAR'  ini telah berlangsung pada 24 Februari 2012 di USM induk Penang
cawangan Kelantan telah hantar 1 buah bas yang terdiri daripada ahli2 dari Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Dan Universiti Malaysia Kelantan

sempat bergaya dulu sebelum naik bas..kami tinggal di Cahaya Gemilang.terima kasih kepada USM induk kerana berkompromi dengan kami untuk tempat tinggal.kitakan adik beradik USM.setelah berpenat lelah berusaha dengan pihak atasan akhirnya dapat juga kelulusan.ALHAMDULILLAH.jadi ingat yer.berusaha dulu baru kita dapat tahu hasilnya kemudian dan sekiranya kita benar InsyaALLAH, mendapat berkat. 


awek-awek cun menunggu bas.

kami2

alhamdulillah sume turut sama menjayakannya

kami wanita yang berjaya dan bakal mengoncang dunia..heheee

ni masa kat dalam dewan

masa persembahan Silat Cekak Malaysia

ini pula persembahan dari  Seni Silat Laksamana Raja Laut. selain itu, banyak lagi persembahan lain antaranya ialah Seni Silat Gayung Makrifat, Seni Silat Pusaka Warisan, Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia, Persatuan Silambam dan sebagainya.

manakala program KONVENSYEN pula pada 25 Februari 2012 di tempat yang sama juga..

antara buku program dan kerja2 kerja yang dibentangkan

selepas program apa lagi sempat la posing


di celah kerusi semasa pembentangan kertas kerja

akhirnya kami berjaya menhabiskan program selama 2 hari di USM induk Penang.
INSYAALLAH berjumpa lagi