assalamualaikum

Saturday, February 25, 2012

AkHiRnYa KaMi MaSuK KLiNiK


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

mmm da bacakan tajuk entri kali ni..
ok sume da faham..
ke ada yang tak faham2 jugak
baiklah..dila cerita la sikit
nak dijadikan cerita selepas 2 tahun belajar teori je akhirnya di sem 2 tahun 3 ni la kami perlu praktik teori yang telah diajarkan pada kami..hish kau ingat senang.susah wooo..ye la blaja teori kita just dengar dan jawab dalam exam je.ni tau ko kena guna semua pancaindera yang ALLAH berikan pada kau untuk menjadikan apa yang kita buat sempurna.ceewahhh...

ni la ahli group OPD 1 dila 

kami2 di bilik perbincangan
dari kiri: dila, lin hsin, pei yen, bibi, lynn dan aya

pose leklok ye

aik mne aya??? ooo tangkap gambar..xpe2 kita masukkan kusi aya..hahaaa

Friday, February 17, 2012

KaRNiVaL WaJa DiRi IPT 5 di UKM


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian,

apa tuh karnival waja diri IPT???
pertandingan demostrasi silat antara IPT2 seluruh Malaysia peringkat Kebangsaan.
kalu tahun sudah telah diadakan di UPSI dan kali ini di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.
seperti tahun sudah juga, kami menghantar 2 pasukan iaitu 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita untuk  USM.masih juga berlangsung pada cuti semester 1 jadi memudahkan kami untuk training dan menyertai.

pada 11 Februari 2012 telah diadakan pertandingan ini..ye la masa cuti sem.huhuuu...sesungguhnya kami mengorbankan cuti kami

ni petak pertandingan yang kami tempuh selepas berpenat lelah ber 'training'. neves gilo di situ

ahli2 team kami walaupun silih berganti tetapi kami tetap bersama & bersatu

alhamdulillah masih kekal di situ

neves2 pun sempat ag berposing kat batang pokok tuh.

bendera kebanggaan kami.dari USM.terima kasih kerana masih support kami walaupun jenuh meyakinkan mereka.



tak banyak sangat tangkap gambar sebab lebih kepada neves. ye la macam2 dugaan terpaksa ditempuh nak sampai ke tahap ni.


BERSAMA & BERSATU

I LOVE THIS MOMENT.TQ


Sunday, December 25, 2011

DiNNeR HeaLTHeX 2011


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

pada 21 Disember baru ni telah diadakan dinner penghargaan untuk yang menjayakan booth pameran di dalam dewan semasa Karnival Kampus berlangsung.
majlis berlangsung di dewan utama kampus kesihatan yang tercinta

APA YANG KAMI MAKAN YER???

mmmm yum..yum..yum..

antara barisan penggerak booth kami.. booth dietetik

kami dapat cenderahati spanbob

ngan geng2 forensik

ooo...de persembahan jugak ek.

sempat kami posing

ai..saya kenyit mata kat awak laaa

posing di meja kami.




Wednesday, December 21, 2011

WaHHH...HeBaTnYa PeNsYaRaH Kuuu..


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz


haaa...nampak tak kawan-kawan???
Dapat dana penyelidikan jepun tu
siapa yang dapat??
pensyarah pemakanan Dila laa...
DR HAMID JAN
sekarang dila ambil paper dengan dia 
tajuk 'NUTRITION & DISEASES"

tahniah Dr HAMID
we are proud to ur student...
heheee...
(kaki ampu)

Dr Hamid merupakan penerima tunggal dari Malaysia yang dapat geran badan wakafitu selain seorang dari Amerika Syarikat, seorang dari United Kingdom dan 5 penyelidik dari Jepun sendiri.Dr Hamid menerima geran penyelidikan bernilai RM40,000


Penyelidik USM gigih
Menurutnya, sebelum ini, seorang lagi penyelidik USM iaitu Prof. Wan Abdul Manan Wan Muda telah memenangi geran yang sama pada tahun 2005 bagi kajiannya bertajuk “Kualiti Hidup dan Obesiti Dalam Kalangan Suri Rumah Kawasan Luar Bandar Kelantan”.
“Kami amat berbangga kerana dapat memberi geran ini sekali lagi kepada USM atas kegigihan yang ditunjukkan oleh penyelidiknya.
“Tahun ini kami memperuntukkan hampir 20 juta yen atau RM800,000 untuk diserahkan kepada lapan penyelidik dari seluruh dunia yang berjaya dalam permohonan mereka.
“Pihak Tanita mempunyai tabung khusus bagi membiayai sebarang penyelidikan mengenai pemakanan dan obesiti dan kami mengalu-alukan permohonan secara atas talian yang ditawarkan setiap tahun dari Mac hingga Jun,” kata beliau.
Tiga kali mencuba
Dr. Hamid Jan Jan Mohamed
Sementara itu, Hamid Jan ketika ditemui berkata, beliau amat bersyukur kerana berjaya mendapat geran pembiayaan selama setahun itu setelah tiga kali mencuba sebelum ini.
Beliau berkata, penyelidikannya mengenai “Kesan Asap Rokok Pasif Kepada Ibu Mengandung dan Kaitannya Dengan Obesiti” telah bermula pada Oktober lalu melibatkan 250 wanita dan keputusannya dijangka diperoleh paling awal pada Julai tahun depan.
Katanya, sepanjang proses kajian tersebut, beliau dibantu oleh pakar perbidanan, Prof. Dr. Nik Mohamed Zaki Nik Mahmood; pakar kesihatan komuniti, Prof. Madya Dr. Nor Azwany Yaacob dan dua pelajar peringkat doktor falsafa iaitu Loy See Ling dan Marhazlina Mohamad.
Hamid Jan, 35, berasal dari Kuala Selangor, Selangor dan mula berkhimat dengan USM sejak 2007.
Beliau mendapat kelulusan doktor falsafahnya dalam bidang pemakanan dari Universiti London, Britain. – GZDaily

best kan???
TAHNIAH sekali lagi DR HAMID
before beliau present his work to the representative dari Jepun tu
beliau siap pratice lagi depan kiteorang student2 beliau...heheee...
siap tunjuk email yang beliau dapat dari orang2 jepun tu laaa...
keep it up DR..
hope DR berjaya...=)


Friday, December 9, 2011

SaMBuTaN aWaL MuHaRRaM 2011


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian

ALHAMDULILLAH
dila berpeluang menyambut awal muharram iaitu permulaan maal hijrah
diakhiri dengan doa akhir tahun dan dimulai dengan doa awal tahun.
Kali ni bertempat di Universiti Teknologi Petronas.
mak ai, 1st time sampai Tronoh Perak ni..
sebelum sampai sini, kami dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang
(round Malaysia)
ekcited sangat..cantik wooo wa cakap sama lu UTP ni.
(sila menggunakan perkataan yang sopan santun sikit yer, awak tuh orang melayu & lahir di bumi melayu yang dicipta ALLAH)

berada di UTP. tetibe de kete kecik comey sorang2 kat tgh2..

macam naik bas plk

diriku berikrar akan....

besar sangat dewan..cantik..yang paling impress adalah library die..mak ai sungguh2 canggih tapi tak de peluang nak masuk sebab tengah cuti masa tuh

Bersama dengan seorang doktor gigi yang gigih..heheee

pasukan marhaban yang segak berbaju melayu sedang bersiap sedia

weeewittt...

"BERSAMA & BERSATU"

Thursday, November 10, 2011

DaLaM KeNaNGaN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

baru-baru ni...
 masa tengah sibuk sambut raya korban
warga health campus USM digemparkan
dengan kehilangan seorang pensyarah pergi menghadap ilahi
seorang yang sangat hebat yang boleh dila katakan di sini
yang secara tak langsung pernah menjadi pensyarah dila
mengajar subjek farmakologi pada semester lepas..

beliau telah kembali ke rahmatullah
pada 6 November lalu
serentak dengan sambutan Hari Raya Aidiladha

sedikit pengenalan mengenai beliau
yang dapat dirasakan kehilangan yang sangat besar 
buat warga USM sendiri...


Prof. Dr. Syed Mohsin Sahil Jamalullail
Dean of Research for Biomedical Health Sciences & Professor of Pharmacology
(31 July 1951-6 Nov 2011)
Founding Lecturer of School of Medical Sciences & School of Health Sciences
We in USM are very thankful for your contribution for USM
May your soul rest in peace...
You are always my inspiration!!!!!!!!!!



marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman
daripada Mu kami datang, kepada Mu juga kami kembali

amin..amin..amin..


Sunday, November 6, 2011

ALhaMDuLiLLaH SeMua BeRJaLaN LaNCaR


ASSALAMUALAIKUM

apa khabar blogger dan reader sekalian

tujuan entri ni adalah untuk mengucap syukur selepas program demi program telah dijalankan..
terima kasih atas semua yang menjayakan program yang dila kemudi sama ada secara langsung atau tidak langsung.
yang pertama ialah Program 'FOOD TALK'. Tahniah dan berjuta-juta ucapan terima kasih atas tenaga penggerak program. Terima Kasih juga kepada Prof Madya Wan Rosli (pensyarah) dan Pn Siti Azima (dietitian HUSM) kerana sudi meluangkan masa menjayakan program kami. Budi baik anda amat2 kami hargai.

tema pada malam ini adalah hijau..

pengarah bersama2 timbalan pengarah program

bersama tiqah iaitu salah seorang ketua exco ku.

yang keduanya ialah kejayaan Program 1hari bersama anak-anak yatim Kelantan. 
alhamdulillah program ini sangat2 berjaya.semua ajk sangat komited dengan tugas masing2. bekerjasama juga dengan exco2 dari Persatuan Sains Kesihatan sesi 2010/2011. Terima kasih juga kepada YDP PSK 2010/2011 kerana sanggup berkerjasama untuk program tak seberapa ini seterusnya menjadi ketua exco tuk program ni lagi..
dila da ceritakan tentang program ni sebelum ni..baca je kat situ..
nak baca lebih lanjut..tekan or klik kat perkataan kat bawah ye..





terima kasih kepada FUAD SHAH selaku timb pengarah program ini dalam menjayakan jamuan ringkas penghargaan ini kepada exco dan ajk2 yang terlibat dalam PROGRAM 1HARI BERSAMA ANAK YATIM sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.dan tidak lupa juga kepada penaja2 program ini. semoga ALLAH saja yang membalasnya.amin.


Friday, November 4, 2011

FuTSaL PeRSaHaBaTaN 1CeKaK


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian,

Pada 22 Oktober lalu telah diadakan FUTSAL PERSAHABATAN 1CEKAK di gelanggang futsal baru USM Kubang Kerian. even, ramai antaranya tak pandai main.tapi masing-masing terjah jugak.ko bedal je la bola tuh ngan kaki tapi jangan guna tangan sudah. 

program dirasmikan oleh penasihat PSSCM kelas latihan USMKK
Dr Nikman Ahmad iaitu Doktor bahagian Bius HUSM

awat sume muka berkerut je.pelik ke tengok camera???

baru hendak mengenal huruf..heheee..welcome to our club adik2

model2 of the year di padang futsal.

sabar ye semua kita nak wat regangan badan dulu untuk mengurangkan kecederaan dan mengelakkan berlakunya perlanggaran

baiklah.dengar arahan ye semua

1,2,3 tukar

ke kiri semua..then senyum

senaman latihan tangan & kaki..latihan tangan pertama, mula

kami yang terbaik

sepakan yang mencemaskan..dupdapdupdap

bergaya nyer langit

alamak bola tu nak lari ke mana...hahahaaa

bila wanita main bola gini la jadi nyer..berebut2 kat bola yang satu.
macam main tarik rambut pulak...hahaaa

yeah..kami yang terbaik


sempurna sudah program.walaupun ada yang tidak berkesempatan untuk datang tetapi program tetap diteruskan
"BERSAMA & BERSATU"