assalamualaikum

Saturday, July 30, 2011

SaLaM RaMaDHaN

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz and readerzzz

pejam celik, pejam celik
dah nak ramadhan balik...
so, manfaatkan la bulan yang mulia ini...

so, dila singgah kat sini
adalah nak mempromosi 2nd blog dila


(CIK DILADAYU BLOG)

kat sini dila akan cuba update info yang terbaru laaa..
untuk follower blog dila kat sini 
jemput2 la jenguk 2nd blog dila nih ek..

mood: saje2 jenguk...

Monday, July 25, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 3

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain pulak...ok...

CONTINUE...


                 Di samping itu, peluang mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya. Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat. Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran, tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari, mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa. Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
                 Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan. Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan nanti. 

begini la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan mereka...
apa dia...tunggu..=)



Friday, July 22, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 2

ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...

beberapa hari lepas dila dah cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk part 2 pulak ok....


                 Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan  dari masyarakat luar juga banyak menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang dianjurkan.
                 Sebagai contoh, aktiviti kerja amal bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat. Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
                 Selain penglibatan masyarakat luar dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
                 Mungkin sepanjang aktiviti, banyak melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6 tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya. Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2 tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel. 

hah..ok tak...setakat nih dulu ye...
nanti dila sambung tuk part 3 pulak...=)


Wednesday, July 20, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 1

...ASSALAMUALAIKUM...
all bloggerzzz...

kali ni dila nak sambung mengenai pengalaman dila sepanjang menjalani community service @ RKKTAF
jom check it up!!!


Dengan melaksanakan latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ternyata untuk memasuki ke institusi ini amatlah payah kerana terpaksa melalui beberapa prosedur dan mematuhi beberapa peraturan, hal ini kerana rumah kanak-kanak ini merupakan rumah penjagaan dan perlindungan bagi kes-kes tertentu. Pada hari pertama sahaja iaitu apabila menjejakkan kaki ke rumah kanak-kanak itu telah dihujani dengan soalan yang sama di mana soalannya kaitan antara tugasan ini dengan kos yang dipilih di universiti. Jadi, saya terpaksa menerangkan apa tujuan untuk menjalani latihan komuniti atau khidmat masyarakat ini. Walaubagaimanapun sangat menarik berada di sini kerana kanak-kanak di sini memanggil kakitangan dan warden mereka dengan gelaran ibu, chek, mak dan umi. Dan sudah semestinya saya juga tidak terlepas dengan diberi panggilan itu yang tidak kira tua atau muda.
                 Selepas menyelidik latar belakang institusi, banyak perkara yang tidak terjangka mengenai institusi yang pada pengetahuan saya hanyalah sebuah rumah yang menempatkan kanak-kanak yatim piatu dan kurang kemampuan tetapi jangkaan saya silap. Dengan itu, saya perlu merangka program yang bersesuaian dengan mereka. Mungkin pada awalnya mempunyai pelbagai program yang hendak dilakukan, tetapi haruslah melihat kepada keadaan dan masa pada waktu itu. Secara tidak langsung, saya mendekati mereka secara perlahan-lahan supaya mereka boleh menerima saya dan senang untuk menjalankan program.
                 Aktiviti yang dirancang bermula dengan ‘24hours diet recall ke atas kakitangan institusi untuk mengetahui tahap kepekaan pada pemakanan mereka dalam sehari. Seterusnya, aktiviti disambung dengan membuat antropometri, proses menjawab borang kekerapan pengambilan makanan dan borang KAP. Kebetulan, latihan komuniti ini jatuh pada musim cuti persekolahan. Oleh itu, saya dapat meluangkan lebih masa dengan mereka. Kanak-kanak di rumah ini telah dirangka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah bagi memenuhi waktu cuti sekolah mereka dengan aktiviti berfaedah. Saya adalah orang yang tidak terkecuali untuk bersama-sama menyertai aktiviti bersama-sama mereka. Antaranya ialah program khidmat masyarakat pelajar sekolah, pertandingan mewarna serta melukis poster, kem pintar solat, aktiviti fizikal bersama masyarakat luar, gotong royong, lawatan ke Santuary penyu dan lawatan ke Pusat Penjagaan Gajah Kebangsaan.





ni adalah antara ayat yang dila masukkan ke dalam report dila...
puas perah dah nak tulis apa...
ok la ni baru sebahagian so tunggu part 2 ok...


Friday, July 15, 2011

ish..ish..ish...


ASSALAMUALAIKUM
kawan-kawan...
eeemmm...rindu betul nak menulis tapi terhad....
ok lps nih yee...
ni pun dila baru lepas siapkan report yang dila buat community service....
asalnya tak tahu nak tulis apa...
last2 banyak yang nak diceritakan....
best jgk kan dunia penulisan nih...kita boleh tulis apa2 je asalkan masih rational...
apa yang slalu dila pegang
'be rational not emosional'
boleh jadi hobi baru nih selain part time blogger yang tak famous langsung...
kang klu famous, susah plk ramai yg tanye bila nak update blog...
payah plk nnti...dila kan tak banyak masa selalu buzy je...kalah prime minister...
sebab blogging nih just suka-suka... 
tapi ada juga yang buat sebagai bisnes...bagus2 keep it up
thumb up sebab berjaya lak tuh....
ok la...klu nak taw serba sedikit pengalaman dila spjg dila buat CS...
continue next post ok...nanti dila share sikit....
sebab dila kena tulis tentang catatan pengalaman kan untuk report...
so, dah alang2 pekasam biar sampai ke pangkal lengan...(aik betul ke nih???)
ok laa...(dh brape kali ok laaa)
ok laaaa...see u...bye...