assalamualaikum

Friday, July 22, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 2

ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...

beberapa hari lepas dila dah cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk part 2 pulak ok....


                 Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan  dari masyarakat luar juga banyak menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang dianjurkan.
                 Sebagai contoh, aktiviti kerja amal bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat. Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
                 Selain penglibatan masyarakat luar dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
                 Mungkin sepanjang aktiviti, banyak melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6 tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya. Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2 tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel. 

hah..ok tak...setakat nih dulu ye...
nanti dila sambung tuk part 3 pulak...=)


1 comment: