ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain pulak...ok...
CONTINUE...
Di samping itu, peluang mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya. Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat. Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran, tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari, mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa. Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan. Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan nanti.
begini la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan mereka...
apa dia...tunggu..=)
No comments:
Post a Comment