assalamualaikum

Wednesday, September 28, 2011

MaKaN oOo MaKaN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz yang disayangi

tup...tup..tup
dah nak habis syawal rupanya...
maknanya yer dah hampir sebulan la kita beraya...
amacam...
banyak tak pergi open house???
open room???
(tuk student u)
confirm berderet-deret kan...

hah...makan pun makan jugak...
ni dah habis ke puasa sunat enam....
heheee...
kalu tanya dila laaa kan...
jeng...jeng...jeng
insyaAllah...
hari ni habis la puasa enam dila...
hope sempat habiskan sampai ke petang kalu takde aral melintang
maka dengan ini 
beraya la insan bernama diladayu

ish..ish..ish...
last minutes betul...
naseb baek sempat taw...
(ye la...nak wat camne)
jamuan raya banyak sangat
heheee...
dila ni pulak kalau jamuan raya memang tibai la betul2
bak kata abah dila...
tak rugi bawak kat majlis makan yang hidang bufet...




tak ketinggalan juga..
kat kampus pun banyak pergi jamuan raya
t dila share sikit gambar2 yang sempat ambil...


dengan kak nadia


ingat nak bergambar ngan cik lynn tiru gaye cik epal tapi xjadi pulak

ni la 3rd year diet yang malay tapi xsemua sebab ada yang dah balik

bersama-sama 2 orang adik buddy dila
(untung kan korang dapat kakak buddy cam dila...heheee)

kepurplean usm dikepongi kehijauan alam

ok la...cukup setakat itu saja lah...
insyaAllah akan ada entri lain pulak lepas ni...
banyak lagi program2 bakal menyusul...=)



Tuesday, September 13, 2011

oH...iA KeMBaLi...^-^....


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz yang disayangi...

apakah yang kembali???
adakah kemunculan dila kembali untuk menitipkan tinta di blog ini...

absolutely right...
dah nak masuk empat hari 
dila ada kat kampus...
almaklum la...
dah start blaja hari Ahad...
(berada di Bumi Kelantan)


actually, tak de la belajar pun bese laaa...
hari pertama...just briefing2 la sikit
hari kedua baru la start masuk chapter dalam subjek toxicology...
adoi...
bunyi macam farmacology punye subjek...

alamak...
pandai la dila ni teka...
tepat la jugak...
kira yer kena bukak balik la subjek farmacology la nih...

waa..dila dah tahun 3..
tahun depan dah praktikal...
ish...ish..ish...
cepat jugak masa berlalu
tup..tup...nak grad dah
tapi nak menempuh perjalanan tu laaa
yang sakit yerrr....




community nutrition & dietetics service practicum
nutrition and disease
principle of medical nutrition therapy I
food and nutritional toxicology
biostatistics

tu adalah antara subjek2 yang dila blaja untuk sem nih
amacam..
sedap2 tak nama dia
senang tak nak sebut...
belajar dia pun mesti 'senang' kan
(positifkan diri)

ok laa...
doakan dila selamat menempuhi semester ini 
dengan jayanya ...=)


Tuesday, September 6, 2011

KiSaH RaYaKu 2011


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz & readerzz

dah lama rasanya dila tak menitipkan cerita di sini...
InsyaAllah...
tak lama lagi dah naik semester baru
so, memang banyak aktiviti kan
jadi dila tak pinggirkan blog ni lagi...
(gurau2 je ok)

seperti biasa...
masih lagi dalam mode raya...
rata2 sume blogger update entri pasal suasana raya mereka
so, dila pun tak nak terlepas la...
raya2 macam mesti banyak open house kan...


ni antara sepupu sepapat dila

ni gambar raya kami...
bila kita cerita pasal raya..
mesti yang kita x ketinggalan adalah juadah hari raya...
mesti la tibai sungguh2...
semua yer nak makan
(hai...puasa sungguh2 tak cik adik oi)
ye la...dah sebulan puasa Ramadan kan

HARI PERTAMA
lepas solat sunat hari raya..kami beraya kat umah berdekatan masjid...
then terus ke kubur dengan bertelekung untuk ziarah kubur moyang dila
ye la..kalu dah sampai rumah mesti susah dah nak kuar...
so terus je la pergi...
sampai kat rumah..dila pun makan la nasi impit n kuah kacang
then, saudara mara lain sampai la rumah sebab dila duduk rumah tok
petang sikit baru la gi beraya rumah sepupu dila...
nak taw makan apa???
jangan main2...makan spagetti di pagi raya...
sebenarnya dia buat nasi beriani so dia topup la dgn makanan lain
malam pula..kami ramai2 sanak saudara
beraya di rumah sepupu dila yang lain
juadah malam pulak ialah mee sup dan sate..
macam2 la lagi...
kami beraya dekat2 je..
sebab memang tak masuk la KB
for sure akan sangkut berjam2...
sesungguhnya memang mewah la dengan makanan

HARI KEDUA
hari ini akan diadakan perhimpunan keluarga kecil-kecilan
di Tumpat Kelantan
(for sure la..dila memang beraya kat kelantan ape)
tapi majlis ni berlangsung malam la
sambil2 solat maghrib, tazkirah n solat isyak
waktu siang yer...
dila beraya rumah mak sedara abah
kali makan lontong..
(faveret dila)
berapa kali tambah...mula2 naik segan gak tapi 
kalu segan kempunan...baik makan je...heheee
menu waktu malam ialah nasi dagang...
selepas acara wajib malam tuh...
acara tahunan kami ialah 
bakar ayam ramai2...




actually ramai sebenarnya famili cuma
tak maut gambar...
ramai sangat....

HARI KETIGA
hari ni tak banyak aktiviti
sebab dah nak balik kuantan...

HARI KEEMPAT
sekarang dila dah ada kat Kuantan
so, raya kat sini la pulak
malam ni ada perhimpunan keluarga kat
KUANTAN
pulak...
siang tuh...kerja yer menyiapkan apa yang patut..
juadah malam ni ialah laksa...
keluarga kami buat kuah lemak(laksa kelantan)
manakala makcik pula buat kuah penang
macam la lagi..
walaupun masing2 duduk Kuantan
punya la payah nak kumpul sama2..
masing2 sibuk...
(semua kumpul kat rumah dila laa...)
so ni la masa yer...




ok la..sampai sini je la dila cerita dulu...
dah lenguh tangan nak taip...
apa2 pun...
enjoy dengan hari raya anda...

Sunday, August 14, 2011

MeNGGaMiT MeMoRy


..ASSALAMUALAIKUM..

hai blogerzz n readerzz

dah lama rasa yer x update entri kat blog ni kan...
asyik blog satu lagi je..
macam di anaktirikan jee
alalaaa
jangan la ngajuk ye blog sayang...
heheee...
dila masih lagi dalam mood keibu-ibuan gitu...
(tapi bukan jadi ibu lagi ek, i xkawen n beranak lagi tp dh dpt title ibu)

nak taw semalam dila de wat program kat RKKTAF
seronok sangat sebab dapat jumpa adik2 balik...
rindu sangat kat dorang...

program nyer ialah

program ni dila ajak la beberapa orang kawan2 dila dari USMKK
turun tuk join adventure ngn dila kat sini
iaitu tempat dila community service ari tuh...
terima kasih sgt2 kawan2 sebab sudi luangkan masa...
Afi, Tiqah, Azmi, Azri, Zainal, Firdaus n K.Rose..


seperti biasa no pic dari dorang sebab dh termaktub dalam peraturan...=)


Saturday, July 30, 2011

SaLaM RaMaDHaN

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz and readerzzz

pejam celik, pejam celik
dah nak ramadhan balik...
so, manfaatkan la bulan yang mulia ini...

so, dila singgah kat sini
adalah nak mempromosi 2nd blog dila


(CIK DILADAYU BLOG)

kat sini dila akan cuba update info yang terbaru laaa..
untuk follower blog dila kat sini 
jemput2 la jenguk 2nd blog dila nih ek..

mood: saje2 jenguk...

Monday, July 25, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 3

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain pulak...ok...

CONTINUE...


                 Di samping itu, peluang mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya. Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat. Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran, tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari, mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa. Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
                 Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan. Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan nanti. 

begini la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan mereka...
apa dia...tunggu..=)



Friday, July 22, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 2

ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...

beberapa hari lepas dila dah cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk part 2 pulak ok....


                 Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan  dari masyarakat luar juga banyak menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang dianjurkan.
                 Sebagai contoh, aktiviti kerja amal bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat. Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
                 Selain penglibatan masyarakat luar dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
                 Mungkin sepanjang aktiviti, banyak melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6 tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya. Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2 tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel. 

hah..ok tak...setakat nih dulu ye...
nanti dila sambung tuk part 3 pulak...=)


Wednesday, July 20, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 1

...ASSALAMUALAIKUM...
all bloggerzzz...

kali ni dila nak sambung mengenai pengalaman dila sepanjang menjalani community service @ RKKTAF
jom check it up!!!


Dengan melaksanakan latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ternyata untuk memasuki ke institusi ini amatlah payah kerana terpaksa melalui beberapa prosedur dan mematuhi beberapa peraturan, hal ini kerana rumah kanak-kanak ini merupakan rumah penjagaan dan perlindungan bagi kes-kes tertentu. Pada hari pertama sahaja iaitu apabila menjejakkan kaki ke rumah kanak-kanak itu telah dihujani dengan soalan yang sama di mana soalannya kaitan antara tugasan ini dengan kos yang dipilih di universiti. Jadi, saya terpaksa menerangkan apa tujuan untuk menjalani latihan komuniti atau khidmat masyarakat ini. Walaubagaimanapun sangat menarik berada di sini kerana kanak-kanak di sini memanggil kakitangan dan warden mereka dengan gelaran ibu, chek, mak dan umi. Dan sudah semestinya saya juga tidak terlepas dengan diberi panggilan itu yang tidak kira tua atau muda.
                 Selepas menyelidik latar belakang institusi, banyak perkara yang tidak terjangka mengenai institusi yang pada pengetahuan saya hanyalah sebuah rumah yang menempatkan kanak-kanak yatim piatu dan kurang kemampuan tetapi jangkaan saya silap. Dengan itu, saya perlu merangka program yang bersesuaian dengan mereka. Mungkin pada awalnya mempunyai pelbagai program yang hendak dilakukan, tetapi haruslah melihat kepada keadaan dan masa pada waktu itu. Secara tidak langsung, saya mendekati mereka secara perlahan-lahan supaya mereka boleh menerima saya dan senang untuk menjalankan program.
                 Aktiviti yang dirancang bermula dengan ‘24hours diet recall ke atas kakitangan institusi untuk mengetahui tahap kepekaan pada pemakanan mereka dalam sehari. Seterusnya, aktiviti disambung dengan membuat antropometri, proses menjawab borang kekerapan pengambilan makanan dan borang KAP. Kebetulan, latihan komuniti ini jatuh pada musim cuti persekolahan. Oleh itu, saya dapat meluangkan lebih masa dengan mereka. Kanak-kanak di rumah ini telah dirangka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah bagi memenuhi waktu cuti sekolah mereka dengan aktiviti berfaedah. Saya adalah orang yang tidak terkecuali untuk bersama-sama menyertai aktiviti bersama-sama mereka. Antaranya ialah program khidmat masyarakat pelajar sekolah, pertandingan mewarna serta melukis poster, kem pintar solat, aktiviti fizikal bersama masyarakat luar, gotong royong, lawatan ke Santuary penyu dan lawatan ke Pusat Penjagaan Gajah Kebangsaan.





ni adalah antara ayat yang dila masukkan ke dalam report dila...
puas perah dah nak tulis apa...
ok la ni baru sebahagian so tunggu part 2 ok...


Friday, July 15, 2011

ish..ish..ish...


ASSALAMUALAIKUM
kawan-kawan...
eeemmm...rindu betul nak menulis tapi terhad....
ok lps nih yee...
ni pun dila baru lepas siapkan report yang dila buat community service....
asalnya tak tahu nak tulis apa...
last2 banyak yang nak diceritakan....
best jgk kan dunia penulisan nih...kita boleh tulis apa2 je asalkan masih rational...
apa yang slalu dila pegang
'be rational not emosional'
boleh jadi hobi baru nih selain part time blogger yang tak famous langsung...
kang klu famous, susah plk ramai yg tanye bila nak update blog...
payah plk nnti...dila kan tak banyak masa selalu buzy je...kalah prime minister...
sebab blogging nih just suka-suka... 
tapi ada juga yang buat sebagai bisnes...bagus2 keep it up
thumb up sebab berjaya lak tuh....
ok la...klu nak taw serba sedikit pengalaman dila spjg dila buat CS...
continue next post ok...nanti dila share sikit....
sebab dila kena tulis tentang catatan pengalaman kan untuk report...
so, dah alang2 pekasam biar sampai ke pangkal lengan...(aik betul ke nih???)
ok laa...(dh brape kali ok laaa)
ok laaaa...see u...bye...

Tuesday, June 28, 2011

RiNDu yEr...

...ASSALAMUALAIKUM...

we meet again...
dh lame x update blog...
xsempat laaa...
nampak gaye yer dila masih belum sbg blogger tegar..
yg setiap saat n ketika update ape saja yg terlintas kat fikiran dorang...

wow...rindu yer...
actually dh dkt 2 mggu abis community srvice...
so skrg bru nak mula wat report...
tp mls yer...
best jgk b'senang lenang d umah nih...tp de jgk la bosan yer...

rindu laaa  adik2 ka tempat practical...
pe ek dorang tgh wat skrg...
i'Allah klu pjg umur kite jumpe lagi ek...
hope blaja rajin2 ye adik2 ku sekalian...
hepi ever after...


Wednesday, June 1, 2011

HaRi SusU SeDuNia

...ASSALAMUALAIKUM..

alamak...xsangke hari nih dah 1 Jun...
tup..tup..tup..
dah 4 minggu dila wat khidmat masyarakat kat umah kanak2 tuh...
makne yer lagi 2minggu la..

hari ni de program ngan team army US (TUDM)
mak ai, yang datang, bapak la hensem...
de la jgk leftenan malaysia yang datang...
waaa....
ape lagi..enjoy la bdk2 tuh...

kebetulan betul hari ni...
sebab dila pakai baju warna putih...
sebab sesuai dengan tema hari ni
iaitu HARI SUSU SEDUNIA

so, kawan2 semua jom minum susu..
xkesah laa....
susu original, susu coklat, susu strawberry, susu soya ke...
janji nama yer susu...
sebab susu ni kaya dengan kalsium n protein
selain rendah lemak dan laktosa






so, jom minum susu...=)

Monday, May 16, 2011

5th day: TeRBaNtuT sEMuA BeNDa

...ASSALAMUALAIKUM...

malang sungguh hari nih...
mase nak g ke tempat praktikal, bleh lak dila eksiden kat traffic lite...
orang langgar bontot kete...
mujur tade pape...
maka terbantut la program hari ni...
sepatutnya dila wat antropometri kat adik2 kat sane...
tapi dah jadi cam ni terpaksa ke balai wat repot
macam2 betul dugaan kali ni....

dah la dila janji nak bagi kat adik2 kat umah tuh kad hari guru yang buat ari tuh...
alih2 xdpt la pas kad tuh...
mesti dorang tunggu...adoi...
"maaf ye adik2...ibu dila mintak maaf sangat"
dah takdir nak wat camne lagi...

pape pun kete dah masuk workshop...
harap dila boleh teruskan perjalanan dila lagi...

apa2 pun hidup mesti diteruskan...=)

4th DaY : BaBy..bAbY...BaBy

...ASSALAMUALAIKUM...

pelik tul..jap ade n jap xde entri nih...
lantak laaa...
back to our post title...
ni bukan lagu justin bieber yeee...huhuu
ari ni nak sambung cite sikit before nak tido...
ngantuk sangat...ye la kan dila cite nak jenguk bhgn baby kan...
oooppsss...
bukan baby besar ye...tapi baby kecik2...
jap ek...

27 baby + 14 knk2 taska = 41 orang...
dalam 2 org nak menjage...
uish..penat2...
pening ngn macam perangai....
tapi sonok sangatttt...
sebab boleh picit2 pipi dorang...
paha lak macam kueh apam...
padan muke korang baby2 sekalian...
sape suh tembam, kan dah kene ngan ibu dila...hahaaaa...
dah macam2 perangai...dila pun memulakan teknik garang pada knk2 taska yg memang xdengar kate...
misal kate la dah abis community service ni mau yer rindu kat dorang...kn..kn..kn...


bese yer entri2 dila sume de gmbr tapi untuk post2 yang berkaitan dengan community service dila ni tak leh letak gambar sebab untuk menjaga privasi dan menutup aib mereka yang berkenaan...kalu tak mmg dila nak letak gambar2 baby yang comey2 nih...

apa2 pun sonok sangat...cume xmandikan baby je sbb takut lak terlepas anak orang...
merane oi..ok la sampai sini je...

gud experiences...=)

Thursday, May 12, 2011

3rd DaY...bLeH La

...ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini hari ke 3...perjalanan makin menarik
dila lupe nak cite yangggg...
mase mule2 sampaikannn...
bdk2 kat sane bleh lak tanye
"ibu, ibu name ape???"
waaa...tue sangat ke dila nih???
dah boleh jadi mak orang ke??
uuuuuuuuuu....
baru la dila taw yang bdk2 kat situ sume panggil pegawai kat sini,
klu pompuan dorang panggil ibu n yang lelaki dorg panggil cek...
tak kire laa tua or muda..
klu bahagian dapur, dobi, cleaner lak dorang panggil mak...
macam2...
culture shock lak dila kat situ...haaahaaa...
ok la xleh cite banyak2...sebab dila dah ngantuk...
esok nak kena bangun pagi lagi...
anyway, esok nak try masuk bilik baby and taska...
hope dila bleh handle dorang yang de macam perangai tuh...

wish me gud luck...=)

Monday, May 9, 2011

1st DaY Yg....

...ASSALAMUALAIKUM..

bertemu kembali...
dalam dila tengah asyik dalam mood meng'renovate' blog...
tetibe je line tenet kene sambar petir..so modem pn rosak...
ari ni baru bleh bkk tenet....

hari ni jugak la dila stat community service...
ape bende la pulak dila nak nih???
ala macam practical, attachment, latihan industri tuh...
ada paham...
dila buat kat RUMAH KANAK2 TUNKU AMPUAN FATIMAH

rata-rata ramai la kawan2 dila yang post kat fb sal dorg yer 1st day jugak...dila pn xterlepas...
cume dila update kat blog skali walaupun dah ngantuk gile dah nih...

hari yang sangat panjang...
bese yer dila merungut xcukup mase...tp tadi bleh kata lama yer mase berjalan...
tadi baru la dila taw segala-galanya tentang rumah nih...
penghuni yang ada kat rumah tuh dari baby yang umur sehari sampai la yang umur 17 tahun...

pn pengetua tuh siap tanye ag...awak kos dietetik tp nape nak watpractical kt sini...
so, dila dgn tersenyum pun jawab laa...
sebab ni salah satu subjek dila tuk 3rd year b4 masuk tuk food service yang betul-betul spesifik...
kire cam latihan komuniti laaa....

so, kit tunggu dan lihat je la...
cam ne cerita dila di sebalik kejadian..
tapi dila xleh cerita lebih2...
kalu anda sume nak taw, buat la community service kat rumah kanak2 terbiar nih...ok

hope dila will enjoy n success...pray for me...=)

Wednesday, May 4, 2011

yuhuuuu...I AM BACK


...ASSALAMUALAIKUM...

huh..huh..huhh....
(tgh meniup habuk2 yang melekat kat blog dila nih)
actually i'm home now...
waa best yer katil kat umah...
ye la slps menjawab soklan2 exam yang memang memecahkan kepala..
anyway..anyway it is over for my 2nd year session...
next step..gulp..gulp...3rd year..
alamak ni lagi laaa...
kepala ke bawah n kaki ke atas laaa....
tak cukup kaki nak pijak tanah...
apa2 pun hidup mesti diteruskan walau payah sekali pun...
yang penting kita enjoyyy...hahaaaa

after tiz dila sambung ek entri2 yg byk tertinggal ek...
nantikan juga transformation blog nih...
pe die ek, nak jd transformer ke...

actually pagi tadi dila bukak tv...
mmm..mcm2 berita yang dila tertinggal...
(baik x pagi2 bangun then tengok berite..heheeee)
one of part dalam berita hari ini ade cite sal orang kelainan upaya (OKU)
agak2 yer dorang baru tersedar kot sal kebajikan mereka nih...
apa2 pun dila teruja dengan cite ni sbb dila penah involve in part of them masa jadi ajk tuk SUKOKU tahun lepas kat USMKK  (sukan orang kelainan upaya @ special olympic)..
ape yang berlaku mase event ni, dila de cite kat entri dila yang lepas2...
so, kalu nak taw ape yang jadi n nk tgk pic2 gembira mereka...
semak la balik entri dila yang lepas2...
ala cari je laa...bkn ye banyak pn entri dila sebelum2 nih...
sonok sangat dengan mereka...
mereka pun macam kite2 yang normal ni jugak cume mereka nih istimewa...
sangat istimewa...dila hepi bila tengok mereka senyum n ketawa...
once mereka dapat hit bola bocce tuh...punye la hepi yang penting kite kene approach mereka laaa...
baru la mereka tertarik n tertumpu pada sesuatu tuh..
apa2 pun, a very new n good experience tat i had...ever n ever...

jadi janganlah kita perkecilkan mereka atas kekurangan yang mereka ada...mereka pun makhluk Allah swt juga...kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segala-galanya....sekiranya perkara tersebut berbalik pada anda, maka apakah perasaan anda??? 

so. sayangilah mereka...


Sunday, April 10, 2011

KiuT, TiuT n ToMeY


...ASSALAMUALAIKUM...

i'm back....
cukup2 la tuh cite sal contest...
bkn menang pun...
bak kata dila: xpe la xmenang, dila nk meriahkan contest tuh je...
elehhh...alasan...hahaaa
ok..ok..ok...
now, kite continue balik cite2 n share pengalaman....

kali nih nak cite sal ape plk ek...
kiut n tomey...
betul ke penggunaan perkataan tuh???
eee...perosak bahasa betul...
dila gune sbb nak tunjukkan bende tuh tersangat lah .........
haaaa...ape la dila nak cite nih...

ini dia...tadaaaaa.....


b4 tiz, dila dah cite dah sal cik teh di atas nih....gebuuu tul laaa...
kali nih dila nak cite sal supey dupey miley titi lak.....
apo kono ekaw nih jang???
apo dio SUPEY DUPEY MILEY TITI nih???

ye saya....ade org panggil saye ke???
mesti la saye kiut n tomey...

actually, gambar2 yang dah ditayang n bakal ditayang sume yer diambil mase lab pharmacology...
kami yg student2 nih kene wat experiment ke atas mereka....
kami nak tgk side effect drug pd animal je...
sanggupkah anda ye buat begitu kepada mereka...
mereka sangat kiut laaa...
siap wat muke kecian lagi...
lagi la ambo nih kecian....

ni tgk wat pe nih...
exercise or tido???
adik2 jangan tido cam nih taw..
xbaek tuk pernafasan...
tido dgn cara mengiring ke kanan ye... 

suke betul tido berempit...sempit tul

kami2 yg menunggu giliran

ape tgk2?? tarik telinge tuh kang...

eee...geram yer dila...
siap la ko, dila karate2 jap ag...

ape2 pun lab pharmaco telah tamat dgn jayanya...
dila nak mintak maaf kat sume haiwan2 yg kami gune tuk wat experiment...
cian kat mereka...
sory ek, kami nak belajar...
sebab tuh la kami diajar tuk topic 
ethics for animal research dalam ethics n law for healthcare professional..
saling berkait la jgk...
boleh apply dalam pharmacology..
sbb haiwan2 nih makhluk Allah swt jugak...

...ALHAMDULILLAH...

Tuesday, April 5, 2011

contest AdiK- BeRadiKKu YG CuTe

...ASSALAMUALAIKUM...

one more contest for tis week...
so, let's check it up
what it is????





Syarat-syarat yang perlu dipatuhi : 

>>> Mesti follow blog nie!!tapi kalo tak suka follow,tidak diwajibkan.Markah akan ditolak.Haha
>>>Buat satu entry dengan tajuk "Contest Adik-Beradikku Yang Cute"~Dalam entry tu mesti tampalkan sekali banner dan link terus ke entry contest ni.
>>>Letakkan sekali banner contest ni kat sidebar beserta link skali.Bleh x??^_^
>>>Letakkan satu gambar ja yang sesuai dengan contest ni.Yang penting,pict toh mesti lah pict adik-beradik korang.Tak kisah la letak pict adik,abang,atau kakak.Kalo anak bongsu atau takda pict adik-beradik yang sesuai,yang angkat pn boleh.Kalo semua skali pun boleh.haha
>>>Napa pilih pict ni???Tulis huraian secara ringkas dan padat~
>>>Tag kan sekurang-kurangnya 3orang member.Kalo ramai,lagi bagus.Ye x??hehe.Dan pastikan diorang taw.
>>>Dh siap,tinggalkan link kat comment.

Tarikh tamat contest : 10 April 2011 sebelum pukul 12.00 tengah malam.

p/s: 3orang pemenang akan dipilih sendiri oleh tuan blog dan keputusan juri adalah muktamad dan diadili seadil-adilnya serta akan diumumkan seminggu lepas tarikh tutup..Tiada pujuk-rayu diterima.Haha..Hadiah akan diberitahu kemudian berdasarkan sambutan~


diumumkan pic yg terpilih tuk entry nih ialah....
peng..peng..peng...

ni dia...


comey kan...kecik2 n yg besar skali pn cute...hahaaa...
actually dila xde la adik2 yg kecik sbb sume yer dh besar2...
plg kecik pn dh secondary school...
so, xsempat nak bawak masuk contest...
sbb t xmsk tema contest...
sbb xjd cute dh tp t jadi jelita n cantik...hahaaaa...

antara mereka2 ni...
ada adik sepupu n ada adik angkat...
kire cam terangkat gak...(ye ke)
xpe laa..saje je nak memeriahkan contest...
so, cube teka yg mane satu kategori mereka....=p

ok nape plih pic nih...
of coz la sbb sume yer cute2...
n one more thing, sume yer menutup aurat...
kecik2 dh pandai pkai tudung...
bagus2...itu tuntutan kita je adik2...

nak tag:
cik lynn
cik fadz
cik zainatul

Show Me Your BFF Contest

...ASSALAMUALAIKUM...
Syarat-syarat Penyertaan

1: Terbuka kepada followers blog "Because She is NurulBadiah" .so sekiranya bukan followers..anda perlu follow terlebih dahulu sebelum menyertainya.



2. Korang kene Copy Banner/Gambar contest diatas dan Paste kn dekat entry contest anda.Kemudian korang Kena letak Banner/Gambar Contest diatas di SideBar Blog Korang and Link kan Banner tersebut ataupun link kn kat bawah Banner tersebut ke Blog Because She Is Nurulbadiah.
3. Korang Kena buat entry pasal " Show Me Your BFF Contest" dimana korang kena letakkan link ke Blog ini didalam entry tersebut.
4: Entry Korang hendaklah disertakan dengan Sekeping Gambar bersama BFF korang xkira berapa ramai pon berserta dengan sedikit kata-kata dibawah gambar tersebut.

Ayat anda harus bermula dengan:

Dear Nurulbadiah Lai,
bla..bla..bla..(tell me in short about your bff)

5.Tagkan Kepada 4 blogger yang aktif and make sure diorang tahu telah Di Tag.
6. Pastekan entry Contest yang korang buat diruangan komen dekat entry ni..
7: 2 pemenang akan dipilih berdasarkan gambar bersama BFF yang paling menarik..hadiah misteri menanti seperti Dress dan shawls.
8.Tarikh tutup: 15 April 2011

(PENYERTAAN ADALAH TERHAD)


TIZ IS D PIC...



rindu u all...
rindu nk share cite...
rindu nak gelak2...
rindu nak nangis same2...

Dear Nurulbadiah Lai,

realiti kehidupan banyak mengajar kita berkaitan peluang dan dugaan,
jika kita tepis, perkara seterusnya akan muncul...
tp jika kita telan, kita akan rasa pahit dan manisnya...
bila disentuh, akan terasa diri ini begitu kerdil...
bila dibuang, ia menjadi benda yang tersayang...
ITULAH KENANGAN...


NAK TAG:
cik seda
cik zainatul
cik fqah