assalamualaikum

Thursday, November 10, 2011

DaLaM KeNaNGaN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

baru-baru ni...
 masa tengah sibuk sambut raya korban
warga health campus USM digemparkan
dengan kehilangan seorang pensyarah pergi menghadap ilahi
seorang yang sangat hebat yang boleh dila katakan di sini
yang secara tak langsung pernah menjadi pensyarah dila
mengajar subjek farmakologi pada semester lepas..

beliau telah kembali ke rahmatullah
pada 6 November lalu
serentak dengan sambutan Hari Raya Aidiladha

sedikit pengenalan mengenai beliau
yang dapat dirasakan kehilangan yang sangat besar 
buat warga USM sendiri...


Prof. Dr. Syed Mohsin Sahil Jamalullail
Dean of Research for Biomedical Health Sciences & Professor of Pharmacology
(31 July 1951-6 Nov 2011)
Founding Lecturer of School of Medical Sciences & School of Health Sciences
We in USM are very thankful for your contribution for USM
May your soul rest in peace...
You are always my inspiration!!!!!!!!!!



marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 beriman
daripada Mu kami datang, kepada Mu juga kami kembali

amin..amin..amin..


Sunday, November 6, 2011

ALhaMDuLiLLaH SeMua BeRJaLaN LaNCaR


ASSALAMUALAIKUM

apa khabar blogger dan reader sekalian

tujuan entri ni adalah untuk mengucap syukur selepas program demi program telah dijalankan..
terima kasih atas semua yang menjayakan program yang dila kemudi sama ada secara langsung atau tidak langsung.
yang pertama ialah Program 'FOOD TALK'. Tahniah dan berjuta-juta ucapan terima kasih atas tenaga penggerak program. Terima Kasih juga kepada Prof Madya Wan Rosli (pensyarah) dan Pn Siti Azima (dietitian HUSM) kerana sudi meluangkan masa menjayakan program kami. Budi baik anda amat2 kami hargai.

tema pada malam ini adalah hijau..

pengarah bersama2 timbalan pengarah program

bersama tiqah iaitu salah seorang ketua exco ku.

yang keduanya ialah kejayaan Program 1hari bersama anak-anak yatim Kelantan. 
alhamdulillah program ini sangat2 berjaya.semua ajk sangat komited dengan tugas masing2. bekerjasama juga dengan exco2 dari Persatuan Sains Kesihatan sesi 2010/2011. Terima kasih juga kepada YDP PSK 2010/2011 kerana sanggup berkerjasama untuk program tak seberapa ini seterusnya menjadi ketua exco tuk program ni lagi..
dila da ceritakan tentang program ni sebelum ni..baca je kat situ..
nak baca lebih lanjut..tekan or klik kat perkataan kat bawah ye..





terima kasih kepada FUAD SHAH selaku timb pengarah program ini dalam menjayakan jamuan ringkas penghargaan ini kepada exco dan ajk2 yang terlibat dalam PROGRAM 1HARI BERSAMA ANAK YATIM sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.dan tidak lupa juga kepada penaja2 program ini. semoga ALLAH saja yang membalasnya.amin.


Friday, November 4, 2011

FuTSaL PeRSaHaBaTaN 1CeKaK


ASSALAMUALAIKUM

hai blogger dan reader sekalian,

Pada 22 Oktober lalu telah diadakan FUTSAL PERSAHABATAN 1CEKAK di gelanggang futsal baru USM Kubang Kerian. even, ramai antaranya tak pandai main.tapi masing-masing terjah jugak.ko bedal je la bola tuh ngan kaki tapi jangan guna tangan sudah. 

program dirasmikan oleh penasihat PSSCM kelas latihan USMKK
Dr Nikman Ahmad iaitu Doktor bahagian Bius HUSM

awat sume muka berkerut je.pelik ke tengok camera???

baru hendak mengenal huruf..heheee..welcome to our club adik2

model2 of the year di padang futsal.

sabar ye semua kita nak wat regangan badan dulu untuk mengurangkan kecederaan dan mengelakkan berlakunya perlanggaran

baiklah.dengar arahan ye semua

1,2,3 tukar

ke kiri semua..then senyum

senaman latihan tangan & kaki..latihan tangan pertama, mula

kami yang terbaik

sepakan yang mencemaskan..dupdapdupdap

bergaya nyer langit

alamak bola tu nak lari ke mana...hahahaaa

bila wanita main bola gini la jadi nyer..berebut2 kat bola yang satu.
macam main tarik rambut pulak...hahaaa

yeah..kami yang terbaik


sempurna sudah program.walaupun ada yang tidak berkesempatan untuk datang tetapi program tetap diteruskan
"BERSAMA & BERSATU"



Tuesday, October 18, 2011

ATTENTION PLEASE: FOOD TALK- GAYA HIDUP SIHAT


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz sekalian

entri ini akan melekat di atas entri lain sehingga 22 oktober 2011

kali ni dila nak promote 1 event
yang dihandle by me...
so, nak jemput sapa2 yang mempunyai waktu terluang...
untuk datang memeriahkan majlis
(bese yer dila akan post entri selepas event berlangsung tapi ni special sikit iaitu sebelum berlangsung)

jom kita tengok event ape???


jom kawan2 yang ada di sekitar kubang kerian or kelantan..
mai la datang USM Kubang Kerian
untuk sedikit ilmu yang memberi banyak manfaat pada diri

satu program yang julung2 kali nya diadakan
di UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
kampus kesihatan ini...
jadi jom manfaatkan nya....

 Program FOOD TALK: Gaya Hidup Sihat.
 (anjuran Desasiswa Murni)

Treasure Hunt: Destinasi Sihat
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.30 am- 12.00pm

... Penyertaan: Terhad kepada 10 kump (5org/kump) & yuran penyertaan RM10/kump


Forum: Makanan Kita, Prihatinkah Kita?
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.00pm-11.30pm
Tempat: Dewan Nurani
Panel: Pn. Siti Azima Awang ( Dietitian HUSM) & Prof.Madya Dr.Wan Rosli (Pensyarah Pemakanan USM)

moderator: Puan Wan Suriati Wan Nik

mai dila cerita pasal aktiviti2 yang bakal berlangsung
kira macam whole day activities laa...
tak salah rasa nya luangkan masa yang ada untuk sesuatu yang bermanfaat
daripada tido je kat bilik kan..kan..kan

1) TREASURE HUNT: DESTINASI SIHAT
-paginya kita akan adakan checkpoint2 untuk menguji minda student2 USMKK nih..tak susah mana pun...just a simple2 thing...just for fun sambil tambah ilmu pengetahuan...selain cergaskan otak di hari-hari minggu...jika dapat sambutan..kami akan berikan merit + sijil 
(yang memang student2 USMKK kejar2 kan)

2) FOOD TALK: GAYA HIDUP SIHAT
- program yang julung2 kali nya diadakan di bumi Universiti Sains Malaysia
kampus kesihatan, Kubang Kerian...
khas untuk memberi penekanan tentang makanan kepada para student...
yang membawa tajuk
"MAKANAN ANDA, PRIHATINKAH ANDA???"
di mana makanan adalah sumber tenaga badan kita untuk kehidupan seharian.
marilah kita sama-sama memeriahkan nya...
ada juga tip2..so, jangan ketinggalan...
kalu tidak, rugi...
tak rugi kita mencari ilmu yang sedikit jika nak dibandingkan banyak yang kita dapat

sedikit dila kongsi mengenai panel pada malam tersebut...

MODERATOR:
Puan Wan Suriati Wan Nik
merupakan pegawai sains kanan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM..
sangat petah berkata-kata dan mengeluarkan idea...
seorang yang sentiasa bersemangat dan berdedikasi...
seronok tengok beliau membuatkan kita pun turut sama bersemangat...
jom kita tengok puan wan suriati melontarkan vokalnya di atas pentas...
anda fikir sendiri betul tak apa yang dila cakapkan..

AHLI PANEL:
1) Prof Madya Dr Wan Rosli Wan Ishak
(pensyarah pemakanan USM)
dah terang2 kat situ dah tulis...beliau adalah one of my lecturer...
for sure la...budak2 dietetik n nutrition kat USM ni kenal sangat dengan Dr Rosli ni
sangat2 sporting beliau...
always ok...
beliau memang hebat la dalam food science n food tech ni...
beliau ajar kami pun food science, food preparation n food analysis
memang beliau expect sangat dalam bidang ni
beliau juga mengkaji dan membuat dalam produk baru
khususnya makanan
iaitu bulu jagung (cornsilk) dan burger cendawan
pernah menang anugerah kalu tak salah tahun lepas...
(alamak ni kenal tanya dr balik...hehehee)

2) Puan Siti Azima Awang
(dietitian HUSM)
seperti tertera di atas, dila bakal berdepan dengan beliau la nanti untuk practical nanti..
beliau juga seorang komited pada tugas yang diberikan
jadi, beliau akan kupas segala isu perkara yang berkaitan penyakit melibatkan makanan...
ada tanya lah beliau..
tapi diingatkan...biar la logik ok...

amacam...mengancam tak jiwa nak pergi...
tak yah tunggu2 lagi...
angkat kaki, then, terus pergi...
banyak manfaat nya...

BONUS: lupa nak cakap...
anda akan dapat
maklumat tambahan tentang makanan + merit + persembahan demostrasi khas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia...
apa lagi..rugi kalu tak datangkan...

JOM MEMERIAHKAN...=)


Wednesday, September 28, 2011

MaKaN oOo MaKaN


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz yang disayangi

tup...tup..tup
dah nak habis syawal rupanya...
maknanya yer dah hampir sebulan la kita beraya...
amacam...
banyak tak pergi open house???
open room???
(tuk student u)
confirm berderet-deret kan...

hah...makan pun makan jugak...
ni dah habis ke puasa sunat enam....
heheee...
kalu tanya dila laaa kan...
jeng...jeng...jeng
insyaAllah...
hari ni habis la puasa enam dila...
hope sempat habiskan sampai ke petang kalu takde aral melintang
maka dengan ini 
beraya la insan bernama diladayu

ish..ish..ish...
last minutes betul...
naseb baek sempat taw...
(ye la...nak wat camne)
jamuan raya banyak sangat
heheee...
dila ni pulak kalau jamuan raya memang tibai la betul2
bak kata abah dila...
tak rugi bawak kat majlis makan yang hidang bufet...




tak ketinggalan juga..
kat kampus pun banyak pergi jamuan raya
t dila share sikit gambar2 yang sempat ambil...


dengan kak nadia


ingat nak bergambar ngan cik lynn tiru gaye cik epal tapi xjadi pulak

ni la 3rd year diet yang malay tapi xsemua sebab ada yang dah balik

bersama-sama 2 orang adik buddy dila
(untung kan korang dapat kakak buddy cam dila...heheee)

kepurplean usm dikepongi kehijauan alam

ok la...cukup setakat itu saja lah...
insyaAllah akan ada entri lain pulak lepas ni...
banyak lagi program2 bakal menyusul...=)



Tuesday, September 13, 2011

oH...iA KeMBaLi...^-^....


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz dan readerzz yang disayangi...

apakah yang kembali???
adakah kemunculan dila kembali untuk menitipkan tinta di blog ini...

absolutely right...
dah nak masuk empat hari 
dila ada kat kampus...
almaklum la...
dah start blaja hari Ahad...
(berada di Bumi Kelantan)


actually, tak de la belajar pun bese laaa...
hari pertama...just briefing2 la sikit
hari kedua baru la start masuk chapter dalam subjek toxicology...
adoi...
bunyi macam farmacology punye subjek...

alamak...
pandai la dila ni teka...
tepat la jugak...
kira yer kena bukak balik la subjek farmacology la nih...

waa..dila dah tahun 3..
tahun depan dah praktikal...
ish...ish..ish...
cepat jugak masa berlalu
tup..tup...nak grad dah
tapi nak menempuh perjalanan tu laaa
yang sakit yerrr....




community nutrition & dietetics service practicum
nutrition and disease
principle of medical nutrition therapy I
food and nutritional toxicology
biostatistics

tu adalah antara subjek2 yang dila blaja untuk sem nih
amacam..
sedap2 tak nama dia
senang tak nak sebut...
belajar dia pun mesti 'senang' kan
(positifkan diri)

ok laa...
doakan dila selamat menempuhi semester ini 
dengan jayanya ...=)


Tuesday, September 6, 2011

KiSaH RaYaKu 2011


ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzz & readerzz

dah lama rasanya dila tak menitipkan cerita di sini...
InsyaAllah...
tak lama lagi dah naik semester baru
so, memang banyak aktiviti kan
jadi dila tak pinggirkan blog ni lagi...
(gurau2 je ok)

seperti biasa...
masih lagi dalam mode raya...
rata2 sume blogger update entri pasal suasana raya mereka
so, dila pun tak nak terlepas la...
raya2 macam mesti banyak open house kan...


ni antara sepupu sepapat dila

ni gambar raya kami...
bila kita cerita pasal raya..
mesti yang kita x ketinggalan adalah juadah hari raya...
mesti la tibai sungguh2...
semua yer nak makan
(hai...puasa sungguh2 tak cik adik oi)
ye la...dah sebulan puasa Ramadan kan

HARI PERTAMA
lepas solat sunat hari raya..kami beraya kat umah berdekatan masjid...
then terus ke kubur dengan bertelekung untuk ziarah kubur moyang dila
ye la..kalu dah sampai rumah mesti susah dah nak kuar...
so terus je la pergi...
sampai kat rumah..dila pun makan la nasi impit n kuah kacang
then, saudara mara lain sampai la rumah sebab dila duduk rumah tok
petang sikit baru la gi beraya rumah sepupu dila...
nak taw makan apa???
jangan main2...makan spagetti di pagi raya...
sebenarnya dia buat nasi beriani so dia topup la dgn makanan lain
malam pula..kami ramai2 sanak saudara
beraya di rumah sepupu dila yang lain
juadah malam pulak ialah mee sup dan sate..
macam2 la lagi...
kami beraya dekat2 je..
sebab memang tak masuk la KB
for sure akan sangkut berjam2...
sesungguhnya memang mewah la dengan makanan

HARI KEDUA
hari ini akan diadakan perhimpunan keluarga kecil-kecilan
di Tumpat Kelantan
(for sure la..dila memang beraya kat kelantan ape)
tapi majlis ni berlangsung malam la
sambil2 solat maghrib, tazkirah n solat isyak
waktu siang yer...
dila beraya rumah mak sedara abah
kali makan lontong..
(faveret dila)
berapa kali tambah...mula2 naik segan gak tapi 
kalu segan kempunan...baik makan je...heheee
menu waktu malam ialah nasi dagang...
selepas acara wajib malam tuh...
acara tahunan kami ialah 
bakar ayam ramai2...




actually ramai sebenarnya famili cuma
tak maut gambar...
ramai sangat....

HARI KETIGA
hari ni tak banyak aktiviti
sebab dah nak balik kuantan...

HARI KEEMPAT
sekarang dila dah ada kat Kuantan
so, raya kat sini la pulak
malam ni ada perhimpunan keluarga kat
KUANTAN
pulak...
siang tuh...kerja yer menyiapkan apa yang patut..
juadah malam ni ialah laksa...
keluarga kami buat kuah lemak(laksa kelantan)
manakala makcik pula buat kuah penang
macam la lagi..
walaupun masing2 duduk Kuantan
punya la payah nak kumpul sama2..
masing2 sibuk...
(semua kumpul kat rumah dila laa...)
so ni la masa yer...




ok la..sampai sini je la dila cerita dulu...
dah lenguh tangan nak taip...
apa2 pun...
enjoy dengan hari raya anda...

Sunday, August 14, 2011

MeNGGaMiT MeMoRy


..ASSALAMUALAIKUM..

hai blogerzz n readerzz

dah lama rasa yer x update entri kat blog ni kan...
asyik blog satu lagi je..
macam di anaktirikan jee
alalaaa
jangan la ngajuk ye blog sayang...
heheee...
dila masih lagi dalam mood keibu-ibuan gitu...
(tapi bukan jadi ibu lagi ek, i xkawen n beranak lagi tp dh dpt title ibu)

nak taw semalam dila de wat program kat RKKTAF
seronok sangat sebab dapat jumpa adik2 balik...
rindu sangat kat dorang...

program nyer ialah

program ni dila ajak la beberapa orang kawan2 dila dari USMKK
turun tuk join adventure ngn dila kat sini
iaitu tempat dila community service ari tuh...
terima kasih sgt2 kawan2 sebab sudi luangkan masa...
Afi, Tiqah, Azmi, Azri, Zainal, Firdaus n K.Rose..


seperti biasa no pic dari dorang sebab dh termaktub dalam peraturan...=)


Saturday, July 30, 2011

SaLaM RaMaDHaN

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz and readerzzz

pejam celik, pejam celik
dah nak ramadhan balik...
so, manfaatkan la bulan yang mulia ini...

so, dila singgah kat sini
adalah nak mempromosi 2nd blog dila


(CIK DILADAYU BLOG)

kat sini dila akan cuba update info yang terbaru laaa..
untuk follower blog dila kat sini 
jemput2 la jenguk 2nd blog dila nih ek..

mood: saje2 jenguk...

Monday, July 25, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 3

ASSALAMUALAIKUM

hai bloggerzzz....
hari ni dila nak sambung dengan part 3...iaitu part akhir sekali...
nanti dila update yang lain pulak...ok...

CONTINUE...


                 Di samping itu, peluang mengenali kanak-kanak ini amatlah bertuah dengan pelbagai latar belakang selain kita dapat memperbaiki dan menghargai kehidupan kita. Bagaimanapun, mereka sangat memberi kerjasama kepada saya walaupun ada sesetengah antara mereka ada yang nakal. Di sebalik kenakalan mereka yang kadang-kadang mengundang tawa dan geram, ada antara mereka yang pandai dalam akademik dan ada juga sebaliknya. Namun, sangat sayang jika tidak digunakan kepandaian itu sebaik mungkin kerana mereka ada potensi untuk berjaya pada masa hadapan walaupun nasib kehidupan dan kasih sayang tidak menyebelahi mereka. Sudah semestinya perhatian dan kasih sayang yang mereka perlukan. Peluang seperti itu bukan selalunya mereka dapat. Dari situ, saya cuba menyelami perasaan mereka yang kadang-kadang ada yang merendah diri dan tidak kurang juga merasa tiada orang lain yang lebih hebat dari mereka. Ada juga antara mereka yang agak kurang sedikit dalam pelajaran, tetapi mempunyai kelebihan dalam kemahiran lain seperti melukis, menari, mengaji, menyanyi dan bermain bola. Hal ini yang membuatkan mereka sangatlah istimewa. Apa yang saya boleh katakan kepada mereka ialah tiada yang mustahil bagi mereka dan sekiranya kita dapat betul-betul menjaga dan memberi perhatian kepada mereka tidak mustahil mereka pasti berjaya, InsyaAllah.
                 Perasaan bercampur baur dapat dirasai pada hari terakhir latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah dengan bermacam-macam perasaan. Kakitangan di situ juga sangat mesra dan baik belaka, di tambah keceriaan dan kenakalan kanak-kanak di situ yang seperti saya kata tadi kadang-kadang mengundang tawa dan geram. Semestinya, pengalaman ini menimbulkan seribu satu kerinduan serta kenangan yang indah dan walaupun pada hakikatnya cuma untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, namun 6 minggu yang sangat berharga kerana pengalaman yang mengajar kita segala-galanya dan mungkin berguna semasa di alam pekerjaan nanti. 

begini la cite yer...walaubagaimanapun, dila akan buat sesuatu juga untuk hiburkan mereka...
apa dia...tunggu..=)



Friday, July 22, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 2

ASSALAMUALAIKUM
hai bloggerzzz...

beberapa hari lepas dila dah cite serba sedikit kan...
so, kali ni kita ikuti untuk part 2 pulak ok....


                 Selain aktiviti-aktiviti yang dinyatakan, banyak lagi aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak. Peranan penjaga dalam menarik minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seterusnya melancarkan perjalanan program. Penglibatan  dari masyarakat luar juga banyak menyebabkan kanak-kanak di sini tidak pernah sunyi dengan aktiviti yang dianjurkan seperti penyertaan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja institusi swasta, NGO, hotel dan anggota tentera dalam melakukan kebajikan. Tajaan dan derma juga diberikan melalui aktiviti yang dianjurkan.
                 Sebagai contoh, aktiviti kerja amal bersama Hyatt Regency dan US Airforces. Mereka menyediakan makanan yang enak dan aktiviti mengecat yang dilakukan oleh wakil Hyatt Regency dan US Airforces itu. Selain itu, sebahagian dari mereka bermain futsal dan musical chair bersama kanak-kanak. Contoh lain ialah program komuniti sempena eksesais carat. Kali ini kanak-kanak dapat bermain sukaneka bersama-sama anggota TLDM Kuantan seperti acara tarik tali, tiup belon,dan bermacam-macam lagi.
                 Selain penglibatan masyarakat luar dengan membuat aktiviti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, kanak-kanak juga dilibatkan juga dengan pergi melawat luar dari institusi seperti lawatan ke Santuary Penyu Cherating oleh kanak-kanak asrama dan lawatan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan oleh kanak-kanak tadika. Oleh itu, saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta bersama-sama memandangkan saya juga tidak pernah lagi ke sana selain turut mengawal pergerakan kanak-kanak tersebut. Sesungguhnya, mereka semua sangat seronok sepajang menyertai lawatan.
                 Mungkin sepanjang aktiviti, banyak melibatkan kanak-kanak asrama sahaja iaitu dari umur 7 – 17 tahun. Bahkan kanak-kanak tadika masih tidak dilupakan kerana mereka juga ramai antara 3 – 6 tahun. Saya juga turut serta dalam pembelajaran mereka mengikut video yang disediakan seperti kisah-kisah nabi, bacaan ABC/123/huruf jawi dan sebagainya. Saya turut berpeluang melawat bilik bayi yang antaranya berumur 7 hari hingga 2 tahun di mana mereka semua sangatlah comel tetapi latar belakang mereka yang tidak mengizinkan mereka hidup seperti bayi-bayi yang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa mereka. Kadang-kadang terhibur dengan telatah mereka yang sangat comel. 

hah..ok tak...setakat nih dulu ye...
nanti dila sambung tuk part 3 pulak...=)


Wednesday, July 20, 2011

cAtAtAn PeNGaLamAnKu part 1

...ASSALAMUALAIKUM...
all bloggerzzz...

kali ni dila nak sambung mengenai pengalaman dila sepanjang menjalani community service @ RKKTAF
jom check it up!!!


Dengan melaksanakan latihan komuniti di Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Ternyata untuk memasuki ke institusi ini amatlah payah kerana terpaksa melalui beberapa prosedur dan mematuhi beberapa peraturan, hal ini kerana rumah kanak-kanak ini merupakan rumah penjagaan dan perlindungan bagi kes-kes tertentu. Pada hari pertama sahaja iaitu apabila menjejakkan kaki ke rumah kanak-kanak itu telah dihujani dengan soalan yang sama di mana soalannya kaitan antara tugasan ini dengan kos yang dipilih di universiti. Jadi, saya terpaksa menerangkan apa tujuan untuk menjalani latihan komuniti atau khidmat masyarakat ini. Walaubagaimanapun sangat menarik berada di sini kerana kanak-kanak di sini memanggil kakitangan dan warden mereka dengan gelaran ibu, chek, mak dan umi. Dan sudah semestinya saya juga tidak terlepas dengan diberi panggilan itu yang tidak kira tua atau muda.
                 Selepas menyelidik latar belakang institusi, banyak perkara yang tidak terjangka mengenai institusi yang pada pengetahuan saya hanyalah sebuah rumah yang menempatkan kanak-kanak yatim piatu dan kurang kemampuan tetapi jangkaan saya silap. Dengan itu, saya perlu merangka program yang bersesuaian dengan mereka. Mungkin pada awalnya mempunyai pelbagai program yang hendak dilakukan, tetapi haruslah melihat kepada keadaan dan masa pada waktu itu. Secara tidak langsung, saya mendekati mereka secara perlahan-lahan supaya mereka boleh menerima saya dan senang untuk menjalankan program.
                 Aktiviti yang dirancang bermula dengan ‘24hours diet recall ke atas kakitangan institusi untuk mengetahui tahap kepekaan pada pemakanan mereka dalam sehari. Seterusnya, aktiviti disambung dengan membuat antropometri, proses menjawab borang kekerapan pengambilan makanan dan borang KAP. Kebetulan, latihan komuniti ini jatuh pada musim cuti persekolahan. Oleh itu, saya dapat meluangkan lebih masa dengan mereka. Kanak-kanak di rumah ini telah dirangka dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah bagi memenuhi waktu cuti sekolah mereka dengan aktiviti berfaedah. Saya adalah orang yang tidak terkecuali untuk bersama-sama menyertai aktiviti bersama-sama mereka. Antaranya ialah program khidmat masyarakat pelajar sekolah, pertandingan mewarna serta melukis poster, kem pintar solat, aktiviti fizikal bersama masyarakat luar, gotong royong, lawatan ke Santuary penyu dan lawatan ke Pusat Penjagaan Gajah Kebangsaan.





ni adalah antara ayat yang dila masukkan ke dalam report dila...
puas perah dah nak tulis apa...
ok la ni baru sebahagian so tunggu part 2 ok...


Friday, July 15, 2011

ish..ish..ish...


ASSALAMUALAIKUM
kawan-kawan...
eeemmm...rindu betul nak menulis tapi terhad....
ok lps nih yee...
ni pun dila baru lepas siapkan report yang dila buat community service....
asalnya tak tahu nak tulis apa...
last2 banyak yang nak diceritakan....
best jgk kan dunia penulisan nih...kita boleh tulis apa2 je asalkan masih rational...
apa yang slalu dila pegang
'be rational not emosional'
boleh jadi hobi baru nih selain part time blogger yang tak famous langsung...
kang klu famous, susah plk ramai yg tanye bila nak update blog...
payah plk nnti...dila kan tak banyak masa selalu buzy je...kalah prime minister...
sebab blogging nih just suka-suka... 
tapi ada juga yang buat sebagai bisnes...bagus2 keep it up
thumb up sebab berjaya lak tuh....
ok la...klu nak taw serba sedikit pengalaman dila spjg dila buat CS...
continue next post ok...nanti dila share sikit....
sebab dila kena tulis tentang catatan pengalaman kan untuk report...
so, dah alang2 pekasam biar sampai ke pangkal lengan...(aik betul ke nih???)
ok laa...(dh brape kali ok laaa)
ok laaaa...see u...bye...